Laman Utama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
A'isyah Darirah Tailor
....Memelihara Aurah Maruah Terjaga....

Bermula daripada minat menjadi perusahaan untuk tambah duit poket.. :))


Ana minat menjahit ni dah lama. Kalau dulu-dulu jahit untuk diri sendiri. Suatu hari ada kawan-kawan tanya, "Dekat mana Aisyah beli tudung labuh?" Ana pun bagitahu lah ana jahit sendiri. Mereka ingin ana jahitkan tudung dan niqab untuk mereka. Daripada situ kawan-kawan cadangkan apakata jika ana buat bisnes menjahit tudung labuh ni, bolehlah cover duit makan di samping sebarkan pengaruh baik buat muslimah untuk bertudung labuh. Ramai student yang teringin nak pakai tudung labuh tapi malu, takut, tiada sokongan keluarga atau kawan-kawan dan tak tahu mana nak beli. Biasalah, student ada bajet sendiri untuk cover perbelanjaan makan dan belajar di kampus. Niat ana buat bisnes ni ialah untuk membantu muslimah yang baru nak hijrah untuk memakai tudung labuh selain menambah duit poket sikit-sikit. Ana doa sangat-sangat supaya Allah bantu ana dalam pelajaran dan dai'e ini. Semoga tanggung jawab dunia akhirat kita semua di laksanakan dengan seimbang. Aminn..






Produk Terkini

Tudung Labuh Bidang 60 A'isyah Darirah Tailor adalah di jahit daripada kain koshibo lembut yang senang di bentuk dan tidak mudah berkedut.

Niqab A'isyah Darirah Tailor adalah di jahit dari dua kenis kain iaitu wool peach dan Chiffon yang lembut dan sejuk serta selesa untuk pernafasan.


Produk Bidadari Solehah yang terdiri daripada pelbagai jenis tudung labuh, shawl dan pakaian muslimah.Pilihan yang cantik dan di gemari ramai.

Servis menjahit dan memperbaiki pakaian di kawasan sekitar Taboh, Naning, Alor Gajah, UNIKL MICET, Tampin.